Pages

Tuesday, March 17, 2009

INFLASI - api dalam sekam?



Inflasi, inflasi.. apa yang orang duk sibuk sangat pasal inflasi ni?

pasal inflasi ni la menggugat ekonomi kita. bukan setakat ekonomi negara, tapi ekonomi keluarga/individu yang terase sangat nih..

apa dia inflasi?

secara mudahnya = permintaan tinggi, pengeluaran rendah. @ peningkatan kos pengeluaran...
ok pegang prinsip tu je. contoh paling mudah nak paham, ingat tak zaman kita sekolah dulu (1990) hrga sepinggan ns lemak kat kantin sekolah yang kita beli masa rehat tuh, baru 50 sen.

sekarang? rm1. tu pon basic punye nasi lemak. setakat sambal bawang, telur dadar sepotong sebesar ibu jari.. tu je dah singgit!!!.. nampak tak kenapa saya kata inflasi ni umpama api dalam sekam? makan dalam punye.. kita xperasan pon.. ataupon 'a silent threat'..

kesimpulannya, dalam masa 19 thn ni, kadar inflasi da naik 0.5%... itu utk nasi lemak jela..overall, skang kita boleh katakan inflasi kita ialah 2%. lagi 5-10tahun sapa tau bape banyak lagi naik?!

jadi apa kena mengena dengan kita? apa yang kita boleh buat untuk kurangkan kadar kenaikan ni? ataupon apa yang kita boleh buat untuk menghadapi situasi macam ni?

memang ade la..belanja kita pon makin bertambah.. kalau dulu pegi pasar malam bawak rm10 je da cukop. skang kena bawak rm50..

apa yang kita boleh buat ialah bersiap sedia! siap siaga untuk untuk menghadapi belanja yang makin meningkat dengan menyimpan..

jom kita tengok kejap contoh nilai duit rm 5000 sekarang dengan lagi 15 tahun. contoh inflasi masa tu da naik kepada 4%.

rm 5000 [ (1+ 0.04) (kuasakan 15)] = rm 9004
ini bermakna lagi 15 tahun nilai rm 5000 ialah sama dengan rm 9004! nampak tak apa yang saya maksudkan?!

nampak tak kenapa dulu kita pegi pasar malam cukup sekadar rm 10, pegi pasaraya cukup sekadar rm 50??!

inilah sebabnya...kira-kira kat atas tu formula dia untuk 'Future Value' @ nilai masa depan..

kalu nak cuba, letak je bape2 pon nilai yang sesedara nak kira tuh (ganti tempat 5000), peratus kenaikan inflasi tuh kita agak2 jela (ganti tempat 0.04), dan kuasa kan dengan bape tahun yang sedara nak agak pada masa depan..

ni bukan kira2 main sukati je tau.. formula ni dipersetujui oleh pihak berwajib yang berkuasa..

sila cuba untuk mengagak tahap kewangan kita besok lagi 20-30 tahun akan datang..

selamat mencuba..!!!

takot tak??!!

0 comments:

Post a Comment